PROGRAM i-THINK

MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR


Pencapaian Malaysia dalam Trends in Mathematics and Sciense Study (TIMSS) tahun 2007 adalah pada tahap 20 bagi Matematik dan 21 bagi Sains dalam kalangan 49 negara. Manakala laporan Program for International Student Assessment (PISA) tahun 2009 menunjukkan prestasi Malaysia berada dalam kedudukan 57 bagi Matematik, 55 bagi Sains dan 52 bagi Kefahaman dalam kalangan 74 negar.

Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Centrury Schools (USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.

Program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) telah mula diperkenalkan pada tahun 1994. Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan guru kurang kemahiran aras tinggi di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Pengajaran guru banyak berpusatkan guru dan menjuruskan persediaan peperiksaan.

Dengan itu dapatan ini memberi kesan kepada usaha KPM untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan berinovatif serta dapat menghadapi cabaran kemahiran abad ke-21 yang memerlukan seseorang yang berkebolehan berfikiran aras tinggi.

Pada 27 Julai 2011, Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan diperluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014.

Program i-THINK merupakan satu program yang bertujuan memperitngkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi.

0 comments:

Post a Comment